(2013) Lawatan ke Pasar Malam Gambang

on . Posted in News

Pada 6 Jun 2013, para pelajar BMfIS telah mengunjungi pasar malam di Gambang bagi tujuan lawatan sambil belajar. Objektif utama lawatan ini adalah untuk mendedahkan bagaimana dan apa perniagaan yang dibuat pada pasar malam. Selepas selesai sesi kelas, mereka bertolak ke pasar malam pada jam 4 petang. Setibanya di pasar, mereka menbuat tugasan yang sudah diberikan dalam kelas. Selepas mereka meninjau-ninjau apa yang terdapat di pasar malam, Hong telah menyediakan tugasan spontan untuk menguji mereka dan memerlukan mereka untuk berinteraksi dengan orang atau peniaga di sana.

Tugasan yang disediakan Hong ialah memberi menu juadah yang ingin dibeli oleh beliau dan di gerai manakah juadah tersebut dijual dengan menulis nama gerai tersebut. Mereka dibiarkan untuk mencari makanan tersebut, tetapi terdapat seorang fasilitator yang mengiringi mereka dari jauh untuk memantau tugasan mereka. Mereka membeli banyak makanan yang sedap dan enak. Ryan membeli banyak makanan, kek dan buah-buahan, kerana katanya buah-buahan di sini segar dan cantik dibandingkan dengan buah-buahan yang ada di Amerika.

Selepas 2 jam di pasar malam, mereka bertolak pulang ke UMP untuk menikmati juadah yang dibeli.