(2013) Lawatan ke Pusat Tenun Diraja Pahang

on . Posted in News

18 Jun 2013 (Selasa) - Satu lawatan sambil belajar telah dijalankan ke Pusat Tenun Diraja Pahang di Pekan. Lawatan ini  telah disertai bersama dua orang fasilitator BMfIS, iaitu Zainab dan Hong berserta enam orang pelajar BMfIS, iaitu Ryan, Sean, Glynnis, Scott, Joe dan Matt. Pelajar bersama fasilitator bertolak dari Jabatan Pelajaran Negeri Pahang selepas tamat lawatan disana pada pukul 1.15 tengah hari dan terus menuju ke Pusat Tenun Diraja Pahang di Kuantan tidak jauh dari Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.  Mereka tiba di sana sekitar jam 1.30 tengah hari. Lawatan ke Pusat Tenun Diraja Pahang ini diadakan adalah bertujuan memberi kefahaman kepada pelajar BMfIS tentang keistimewaan tenun diraja Pahang yang hanya terdapat di negeri Pahang berdasarkan daripada sumber yang asli dan diyakini. Selain itu, lawatan ini juga memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara pembuatan kain tenun diraja Pahang sambil mendengar penerangan daripada wakil pusat tenun tersebut. Selepas itu para pelajar juga dibawa untuk melawat lokasi pameran yang menarik yang terdapat di sana. Selesai aktiviti lawatan, para pelajar telah membeli cenderamata yang diperbuat daripada kain tenun diraja Pahang. Lawatan yang bermula pada jam 1.30 tengah hari tersebut,  berakhir pada jam 3.30 tengah hari. Kebanyakan pelajar sangat berpuas hati dengan penerangan dan layanan daripada wakil Pusat Tenun Diraja Pahang.