(2013) Lawatan ke Jabatan Pelajaran Negeri Pahang

on . Posted in News

18 Jun 2013 (Selasa) - Satu lawatan sambil belajar telah dijalankan ke Jabatan Pelajaran Negeri Pahang di Kuantan. Lawatan ini  telah disertai bersama dua orang fasilitator BMfIS, iaitu Zainab dan Hong berserta enam orang pelajar BMfIS, iaitu Ryan, Sean, Glynnis, Scott, Joe dan Matt. Mereka bertolak dari UMP pada jam 10.30 pagi selepas diberi sedikit pendedahan berkenaan sejarah pendidikan di Malaysia. Lawatan ke Jabatan Pelajaran Negeri Pahang diadakan adalah bertujuan memberi kefahaman kepada pelajar BMfIS tentang sejarah pendidikan di Malaysia dan fokus dalam pendidikan di Pahang daripada sumber yang diyakini. Selain itu, turut diadakan juga sesi soal jawab antara pelajar dan kakitangan yang berkenaan di Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Selepas selesai sesi soal jawab, para pelajar dibawa melawat ke sebahagian tempat-tempat di jabatan tersebut dan seterusnya mereka dihidangkan dengan jamuan makan tengah hari. Lawatan ini bermula jam 11.00 pagi dan berakhir jam 1.15 tengah hari. Kebanyakan pelajar BMfIS sangat berpuas hati dengan penerangan dan layanan daripada wakil Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.