(2013) Lawatan ke tempat-tempat ibadat

on . Posted in News

11 Jun 2013 (Selasa) - Satu lawatan dan aktiviti dilakukan di Bandar Kuantan bagi melawat tempat-tempat ibadat kaum-kaum di Malaysia. Lawatan ini telah diadakan bersama 2 orang fasilitator BMfIS, Deva dan Ain dan 5 orang pelajar BMfIS, Ryan, Seon, Glynnis, Scott dan Matt. Para pelajar bersama fasilitator bertolak dari UMP pada jam 10.00 pagi. Sebelum memulakan perjalanan, pelajar diberi pendedahan tentang tempat ibadat bagi kaum-kaum di Malaysia seperti kuil, tokong dan masjid. Seterusnya, mereka diberi tugasan untuk membuat soalan temubual bagi setiap tempat ibadat.  Setibanya di Tokong Taoisme lebih kurang pada jam 10.10 pagi, pelajar telah diberi penerangan mengenai agama dan fahaman taoisme bagi kaum cina dan seterusnya, mereka menemubual penjaga tokong tersebut. Dalam 30 minit, mereka selesai membuat tugasan di tokong, mereka meneruskan perjalanan ke Masjid Besar Kuantan. Mereka sampai ke masjid pada jam 11.15 pagi. Mereka diberi penerangan serba sedikit sejarah pembinaan Masjid tesebut, dan peranan masjid sebagai tempat ibadat untuk orang Islam. Dalam  masa 30 minit, mereka dapat mengetahui serba sedikit maklumat tentang Masjid tersebut, dan mereka meneruskan perjalanan ke Kuil Jalan Gambut. Dalam masa 20 minit, mereka dapat menyiapkan  tugasan yang diberikan dan mendapat maklumat tentang kepercayaan kaum Hindu. Aktiviti lawatan ke Bandar Gambang tamat pada jam 12.00 tengahari. Kemudian mereka dibawa untuk makan tengahari di restoran Rasa Kampung.