(2013) Lawatan ke Bandar Gambang

on . Posted in News

10 Jun 2013 (Isnin) - Satu lawatan ke Bandar Gambang telah diadakan bersama 2 orang fasilitator BMfIS, Deva dan Ain serta 5 orang pelajar-pelajar BMfIS, Ryan, Seon, Glynnis, Scott dan Matt. Para pelajar bersama fasilitator bertolak dari UMP pada jam 10.00 pagi. Dalam perjalanan ke bandar Gambang, pelajar diberi tugasan untuk meninjau keadaan geografi di bandar Gambang. Setibanya di Bandar Gambang lebih kurang pada jam 10.10 pagi, para pelajar telah diarahkan oleh fasilitator masing-masing untuk membuat tugasan yang telah diagih-agihkan. Pelajar telah menemubual penduduk bandar Gambang untuk mencari lokasi seperti pasar, gerai dan sebagainya. Dalam masa 20 minit, mereka berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dan aktiviti berakhir dengan minum pagi di restoran yang berhampiran. Selepas menjamu selera, lawatan diteruskan ke Bukit Gambang Resort City. Di Bukit Gambang Resort City pelajar diberi tugasan untuk menemubual pekerja-pekerja di tempat tersebut. Aktiviti lawatan ke bandar Gambang tamat pada jam 12.00 tengahari. Fasilitator dan pelajar kemudiannya pulang semula ke UMP Gambang.