(2012) Lawatan Ke Makmal Automotif UMP Pekan Dan Kilang DRB Hicom

on . Posted in Archieve News

Pekan, 18 Jun: Industri Automotif di Pekan semakin berkembang pesat disebabkan kemasukan pelabur-pelabur besar khususnya teknologi baru terutamanya dari German yang banyak menyumbang kepada teknologi baru terutamanya dalam pembuatan kereta. Lawatan dimulakan dengan kunjungan ke kampus induk Universiti Malaysia Pahang(UMP) di Kuala Pahang,Pekan.Kunjungan ke UMP ini dibantu oleh pegawai-pegawai dari Fakulti Mekanikal(Automotif) yang diketuai oleh Encik Danial.Kami dibawa melihat makmal-makmal kejuruteraan automotif yang menempatkan mesin-mesin dan juga beberapa alat uji pandu yang digunakan oleh pelajar.Selepas itu, kami berkunjung pula ke kilang kereta DRB-HICOM yang menempatkan kereta-kereta buatan Suzuki dan juga Mercedez.Kedatangan kami disambut dengan penuh mesra oleh pegawai-pegawai disana.Matt dan Derek menunjukkan minat mereka kepada bidang automotif dan teruja kerana ini merupakan kali pertama mereka melawat dan melihat dengan lebih dekat proses dan pembuatan kereta.