(2012) Lawatan ke tempat-tempat ibadat

on . Posted in Archieve News

Pada 7/6/2012 ( Hari Khamis ), fasilitator BMfIs, Hong, Rozanne dan Adib bersama-sama 2 orang pelajar BMfIS, Derek dan Matt telah pergi ke Bandar Kuantan, Pahang. Objektif lawatan ini ialah memberi pendedahan kepada pelajar mengenai agama-agama yang terdapat di Malaysia yang dianuti oleh 3 bangsa utama Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.

Fasilitator bersama pelajar dibawa makan dengan menjamah makanan tradisional Melayu seperti kuih lapis sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang ditujui. Sesampainya di Bandar Kuantan, pelajar diberikan tugas untuk mewawancara imam-imam tentang sejarah penubuhan Masjid Kuantan dan destinasi menarik yang terdapat di kawasan masjid. Setiap pelajar diiringi oleh seorang fasilitator dalam aktiviti wawancaea mereka. Pelajar juga dikehendaki untuk wawancara imam yang berlainan tugasnya di dalam masjid contohnya tukang azan, membaca khutbah semasa sembahyang Jumaat, Imam Besar Masjid Kuantan dan pembaca rasmi ayat suci al-Quran sebelum tiba waktu sembahyang fardhu.

Selepas itu, pelajar dibawa melawat Kuil Sri Mariamman bertentangan dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) yang menjadi tempat sembahyang orang India. Sebelum memasuki kuil tersebut, terdapat satu rak kasut khas yang disediakan untuk pengunjung meletakkan kasut disitu. Tujuannya adalah untuk menjaga kesucian kuil mereka supaya kuil mereka bersih dari segi agama mereka. Kemudian kami dibawa untuk melihat patung-patung mitos Hindu yang dipercayai membawa tuah kepada pemganut yang setia kepada agamanya. Selain itu juga, pelajar diminta untuk mewawancara pengerusi kuil tersebut tentang butir-butir yang lebih lanjut mengenai kuil itu.

Sepanjang lawatan ke Bandar Kuantan, pelajar dibawa untuk melawat Tokong Wan Fo Tien dimana merupakan tempat sembahyang orang Cina dan juga patung-patung amalan kepercayaan orang Cina. Selain itu, pelajar juga dibawa melawat patung-patung yang membawa tuah dan penentu kehidupan mereka. Disamping itu, pelajar dapat melihat patung-patung bercorak manusia yang bersalah dari segi undang-undang agama dan dibawa ke kehakiman untuk diberikan hukuman yang berat. Seorang penjaga dan juga pemilik Tokong tersebut yang berada disitu juga menerangkan lebih lanjut tentang Tokong Wan Fi Tien kepada fasilitator dan juga pelajar.

Aktiviti lawatan ke Bandar Kuantan tamat pada pukul 1.30 tengahari. Fasilitator dan pelajar kemudiannya pulang semula ke UMP Gambang.