(2012) Lawatan ke negeri Kedah

on . Posted in Archieve News

Kedah – 2 Jun 2012, Di Kedah, mereka telah dibawa untuk melawat ke tempat-tempat tertentu seperti di Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahadhir, Muzium padi, Istana Kuning, Balai Nobat dan Pekan Rabu.  Perasaan hampa telah menyelubungi pelajar-pelajar tersebut disebabkan oleh Balai Nobat tidak dibuka pada hari tersebut dan hari yang lain-lain kerana perlu membuat temujanji dengan pihak Muzium Negeri.  Perasaan kembali terubat apabila mereka dapat melawat Rumah Tun Dr. Mahadhir, disana mereka dapat mengetahui sejarah kelahiran Tun Dr. Mahadhir dan tempat kelahirannya.  Di Muzium padi pula mereka diberi pengetahuan mengenai bagaimana padi diproses sebelum menjadi beras. Disamping itu, ,mereka juga juga diberi penerangan mengenai peralatan yang digunakan semasa menanam padi, menuai dan memproses.  Tempat terakhir mereka telah dibawa ke Pekan Rabu untuk membeli belah pelbagai barangan di sana.