(2012) Lawatan ke Pasar Malam Gambang

on . Posted in Archieve News

Gambang,31 Mei: Matt dan Derek diiringi fasilitator yang bertugas iaitu Adib dan Hong telah pergi ke pasar malam di Pekan Gambang yang terletak kira-kira 500 meter dari Universiti Malaysia Pahang.Sebelum itu, semasa pengajaran di kelas mereka telah dipertontonkan beberapa video yang berkisar tentang suasana pasar malam yang terdapat di Malaysia.Setibanya di pasar malam,mereka ditugaskan untuk membeli barang-barang keperluan seperti ikan kembung,serbuk kunyit, sayur sawi, serai,cili hijau,ulam-ulaman,dan kuih-muih.Bagi aktiviti jual beli,Matt dan Derek harus mempraktikkan kebolehan tawar-menawar dengan penjual pasar malam untuk mendapatkan harga yang berpatutan.Selepas itu,barang-barang yang dibeli tadi akan digunakan untuk aktiviti memasak yang dilakukan di rumah Prof Jim sendiri. Lawatan hari ini lebih menekankan pelajar tentang suasana sebenar pasar malam di Malaysia disamping dapat mengajar mereka tentang aktiviti tawar menawar semasa jual beli berlangsung.